KARANGAN FAKTA - Kepentingan Bersukan Kepada Murid

               Era pascaperindustriasi dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah menunjukkan bahawa para murid kini kurang aktif dalam bersukan.Walhal, bersukan mempunyai banyak manfaat kepada para murid.Sukan merupakan aktiviti yang memerlukan ketangkasan dan tenaga.Pelbagai manfaat dan faedah yang diperoleh daripada bersukan.

              Umum mengetahui bahawa dengan bersukan, ia dapat meningkatkan disiplin murid.Sebagai analoginya, para murid akan menepati masa untuk menghadari sesi latihan mengikut waktu yang ditetapkan. Selain itu, para murid akan rajin berlatih serta patuh akan araha yang diberikan oleh guru ataupun jurulatih mereka.                                                                                                                                                    

              Bertitik tolak daripada itu, para murid dapat mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat seperti bersukan. Ini dapat menghindari mereka daripada melakukan gejala buruk seperti vandalisma, gengsterisme, dan sebagainya yang dapat memberikan kesan yang negatif kepada mareka dan masyarakat.

              Dalam konteks ini,melalui bersukan, ia dapat melahirkan murid yang sihat. Dengan ini, kesihatan para murid akan terjamin dan tidak mudah dijangkiti penyakit.Disamping itu, fikiran para pelajar juga menjadi cedas.Seperti yang kira lihat, kebanyakan para murid yang aktifdalam sukan juga cemerlang dalam pelajaran mereka.

              Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, ini telah membuktikan bahawa sukan mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan bersukan kepada para murid. Oleh demikian, kerajaan perlu menyediakan lebih banyak prasarana sukan demi mengglakkan rakyat bersukan sekaligus melahirkan atlet yang dapat menbangunkan sukan negara ke persana antarabangsa.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ya Allah Lapangkan Dadaku Ikhlas Membantu Sahabatku

Dialog Moden Lagi Berpahala Menyebutnya