Posts

KARANGAN FAKTA - Kepentingan Bersukan Kepada Murid

               Era pascaperindustriasi dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah menunjukkan bahawa para murid kini kurang aktif dalam bersukan.Walhal, bersukan mempunyai banyak manfaat kepada para murid.Sukan merupakan aktiviti yang memerlukan ketangkasan dan tenaga.Pelbagai manfaat dan faedah yang diperoleh daripada bersukan.               Umum mengetahui bahawa dengan bersukan, ia dapat meningkatkan disiplin murid.Sebagai analoginya, para murid akan menepati masa untuk menghadari sesi latihan mengikut waktu yang ditetapkan. Selain itu, para murid akan rajin berlatih serta patuh akan araha yang diberikan oleh guru ataupun jurulatih mereka.                                                                                                                                                                   Bertitik tolak daripada itu, para murid dapat mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti yang bermanfaat seperti bersukan. Ini dapat menghindari mereka dari

Cinta Sebenar Ialah Cinta Kepada Allah

Sentiasa mengingati Allah setiap masa, keadaaan dan situasi . Firman Allah s.w.t. dalam surah Al- Baqarah ayat 165 yang bermaksud: "Orang -orang yang beriman itu sangat kuat cintanya kepada Allah."Imam Ahmad Taqiuddin berkata: "Hikayat sebuah kecintaan adalah dengan sentiasa bersama ingatannya dengan yang dicintai." (Tibb al- Qulub, hlm. 183) Cintai dan ikuti sunnah Rasulullah s.a.w kerana ia adalah prasyarat utama mencintai Allah.Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 31 yang bermaksud: "Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah daku (Rasulullah s.a.w) nascaya kamu akan dicintai Allah." Sentiasa memperbanyakkan amalan - amalan sunat.  Dalam sebuah hadis kudsi, Allah s.w.t. berfirman, mafhumnya: "Sentiasalah hamba -Ku berada dalam keadaan mendekatkan diri kepada -Ku dengan amalan- amalan sunat (nawafil) sehinggalah aku mencintainya. " (Riwayat al- Bukhari) Menjaga solat witir  kerana ia merupakan bukti kejujuran  ci

Dialog Moden Lagi Berpahala Menyebutnya

Kita sering menterjemahkan perasaan kita dengan ucapan atau kata-kata .Sayangnya apabila kadang kala kata-kata kita boleh menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan kawan-kawan yang lain.Jadi,apa kata kita biasa-biasakan lidah kita dengan ucapan yang lebih sedap didengar dan membuahkan pahala. . Pergh...gempak giler...  tukarkan kepada   Subhanallah... . OMG(oh my god)...     tukarkan kepada   Ya Allah... . terbaek...                     tukarkan kepada    Allhamdulillah... . Ok...oarit...                 tukarkan kepada    Insya-allah... . Cilakak...                    tukarkan kepada    Masya-allah... . Ellemak...lupa lak..      tukarkan kepada    Allahumassolli'ala Muhammad... . Arghhh...peningnya...  tukarkan kepada     Astaghfirullah... . Eeee...teruknya...       tukarkan kepada      Na'uzubillah...       . Opocot...                   tukarkan kepada      Allahu akbar... . Hek eleh...                 tukarkan kepada      La ilaha illallah...

Andainya Rasulullah Masih Ada...Ingin Sekali Mendengar Gurauannya

      KISAH 1 :     Anas bin Malik r.a. berkata:"Suatu hari,Zahir - seorang lelaki kampung (Badawi) memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah s.a.w.Rasulullah pun membungkusnya ketika hendak pulang.Baginda kepada sahabat yang lain,'Zahir ialah orang Badawi yang merupakan sebahagian daripada kita,dan kita pula adalah orang kota yang akan selalu menyayanginya.'Rasulullah s.a.w. sendiri sangat menyenangi Zahir,walaupun Zahir tidak memiliki wajah yang kacak dan tampan.      Suatu ketika,Rasulullah s.a.w menghampiri Zahir yang sedang menjual barang dagangan.Baginda terus mendakap Zahir dari belakang,Zahir yang tidak dapat melihat orang yang mendakapnya pun berkata,'Siapa ini?Lepaskan aku!'Setelah itu,Zahir pun sempat menoleh dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya ialah Rasulullah s.a.w.Kemudian secara gurau,Rasulullah berkata,'Siapakah yang hendak membeli budak ini?'                                                                       

Ya Allah Lapangkan Dadaku Ikhlas Membantu Sahabatku

Daripada Abi Hurairah r.a. meriwayatkan daripada Nabi s.a.w,Baginda bersabda yang bermaksud:   "Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang Mukmin,maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya.Sesiapa memudahkan orang yang sedang dilanda kesulitan,maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat.Sesiapa menutup aib seorang muslim,maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.Allah menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya.Sesiapa menempuh sesuatu jalan dalam rangka mencari ilmu,maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah dengan menbaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama,kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka,malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisi-Nya,dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya,maka tidak akan di dipercepat mengangkat darjatnya."