Cinta Sebenar Ialah Cinta Kepada Allah


  1. Sentiasa mengingati Allah setiap masa, keadaaan dan situasi. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al- Baqarah ayat 165 yang bermaksud: "Orang -orang yang beriman itu sangat kuat cintanya kepada Allah."Imam Ahmad Taqiuddin berkata: "Hikayat sebuah kecintaan adalah dengan sentiasa bersama ingatannya dengan yang dicintai." (Tibb al- Qulub, hlm. 183)
  2. Cintai dan ikuti sunnah Rasulullah s.a.w kerana ia adalah prasyarat utama mencintai Allah.Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 31 yang bermaksud: "Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah daku (Rasulullah s.a.w) nascaya kamu akan dicintai Allah."
  3. Sentiasa memperbanyakkan amalan - amalan sunat. Dalam sebuah hadis kudsi, Allah s.w.t. berfirman, mafhumnya: "Sentiasalah hamba -Ku berada dalam keadaan mendekatkan diri kepada -Ku dengan amalan- amalan sunat (nawafil) sehinggalah aku mencintainya. " (Riwayat al- Bukhari)
  4. Menjaga solat witir kerana ia merupakan bukti kejujuran  cinta kepada Allah s.w.t.           Fudhail bin Iyadh berkata, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : " Seorang hamba  yang mengaku mencintai -Ku tatkala malam."
  5. Menjaga hubungan dengan ibu bapa kerana keredhaan Allah s.w.t terletak pada keredhaan kedua- dua ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan kedua- duanya.
  6. Bersahabat dengan Al- Quran dan sentiasa membaca dan menghayati ayat- ayatnya kerana Al-Quran umpama warkah ayat-ayat cinta-Nya buat kita.
  7. Sentiasa tertunggu-tunggu panggilan azan dan solah fardhu.Persis menunggu panggilan daripada seorang kekasih, sudah tentu panggilan azan akan membuatkan kita seolah\-olah "ketagih" untuk mendengarnya semula kerana ia umpama panggilan Allah buat kita.
  8. Doa cinta Allah sebagaimana diamalkan oleh Rasulullah s.a.w :                                                           Maksudnya : "Ya Allah! Aku memohon cinta -Mu dan cinta mereka yang mencintai -Mu serta mencintai segala amalan yang mendekatkan diriku kepada cinta -Mu." (Riwayat al- Tarmizi)

Comments

Popular posts from this blog

KARANGAN FAKTA - Kepentingan Bersukan Kepada Murid

Ya Allah Lapangkan Dadaku Ikhlas Membantu Sahabatku

Dialog Moden Lagi Berpahala Menyebutnya