Andainya Rasulullah Masih Ada...Ingin Sekali Mendengar Gurauannya

    KISAH 1:
    Anas bin Malik r.a. berkata:"Suatu hari,Zahir - seorang lelaki kampung (Badawi) memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah s.a.w.Rasulullah pun membungkusnya ketika hendak pulang.Baginda kepada sahabat yang lain,'Zahir ialah orang Badawi yang merupakan sebahagian daripada kita,dan kita pula adalah orang kota yang akan selalu menyayanginya.'Rasulullah s.a.w. sendiri sangat menyenangi Zahir,walaupun Zahir tidak memiliki wajah yang kacak dan tampan.

     Suatu ketika,Rasulullah s.a.w menghampiri Zahir yang sedang menjual barang dagangan.Baginda terus mendakap Zahir dari belakang,Zahir yang tidak dapat melihat orang yang mendakapnya pun berkata,'Siapa ini?Lepaskan aku!'Setelah itu,Zahir pun sempat menoleh dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya ialah Rasulullah s.a.w.Kemudian secara gurau,Rasulullah berkata,'Siapakah yang hendak membeli budak ini?'                                                                                  (Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad)

    KISAH 2:
     Hassan al-Basri berkata:"Seorang perempuan yang sudah tua menghampiri Rasulullah s.a.w. sambil berkata,'Wahai Rasulullah,doakanlah agar saya boleh masuk syurga.'Baginda pun menjawab,'Wahai Ummu!Syurga tidak dihuni oleh perempuan yang sudah tua.'Mendengar hal itu,perempuan itu segera beredar sambil menangis.


    Maka Rasulullah berkata kepada sahabatnya,'Beritahu kepada Ummu itu bahawa dia tidak masuk syurga dalam keadaan tua.Allah ber firman:Sesungguhnya Kami telah menciptaakan isteri-isteri mereka dengan dengan ciptaan istimewa,serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah di sentuh),yang tetap mencintai jodohnya,serta yang sebaya umurnya.(Surah al-Waqiah ayat 35-37)'"
                                                                                       (Riwayat al-Tirmizi dan al-Tabarani)    

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KARANGAN FAKTA - Kepentingan Bersukan Kepada Murid

Ya Allah Lapangkan Dadaku Ikhlas Membantu Sahabatku

Dialog Moden Lagi Berpahala Menyebutnya