Posts

Showing posts from November, 2011

Dialog Moden Lagi Berpahala Menyebutnya

Kita sering menterjemahkan perasaan kita dengan ucapan atau kata-kata .Sayangnya apabila kadang kala kata-kata kita boleh menyebabkan kemurkaan Allah dan kemarahan kawan-kawan yang lain.Jadi,apa kata kita biasa-biasakan lidah kita dengan ucapan yang lebih sedap didengar dan membuahkan pahala. . Pergh...gempak giler...  tukarkan kepada   Subhanallah... . OMG(oh my god)...     tukarkan kepada   Ya Allah... . terbaek...                     tukarkan kepada    Allhamdulillah... . Ok...oarit...                 tukarkan kepada    Insya-allah... . Cilakak...                    tukarkan kepada    Masya-allah... . Ellemak...lupa lak..      tukarkan kepada    Allahumassolli'ala Muhammad... . Arghhh...peningnya...  tukarkan kepada     Astaghfirullah... . Eeee...teruknya...       tukarkan kepada      Na'uzubillah...       . Opocot...                   tukarkan kepada      Allahu akbar... . Hek eleh...                 tukarkan kepada      La ilaha illallah...

Andainya Rasulullah Masih Ada...Ingin Sekali Mendengar Gurauannya

      KISAH 1 :     Anas bin Malik r.a. berkata:"Suatu hari,Zahir - seorang lelaki kampung (Badawi) memberikan hadiah dari kampungnya kepada Rasulullah s.a.w.Rasulullah pun membungkusnya ketika hendak pulang.Baginda kepada sahabat yang lain,'Zahir ialah orang Badawi yang merupakan sebahagian daripada kita,dan kita pula adalah orang kota yang akan selalu menyayanginya.'Rasulullah s.a.w. sendiri sangat menyenangi Zahir,walaupun Zahir tidak memiliki wajah yang kacak dan tampan.      Suatu ketika,Rasulullah s.a.w menghampiri Zahir yang sedang menjual barang dagangan.Baginda terus mendakap Zahir dari belakang,Zahir yang tidak dapat melihat orang yang mendakapnya pun berkata,'Siapa ini?Lepaskan aku!'Setelah itu,Zahir pun sempat menoleh dan mengetahui bahawa orang yang mendakapnya ialah Rasulullah s.a.w.Kemudian secara gurau,Rasulullah berkata,'Siapakah yang hendak membeli budak ini?'                                                                       

Ya Allah Lapangkan Dadaku Ikhlas Membantu Sahabatku

Daripada Abi Hurairah r.a. meriwayatkan daripada Nabi s.a.w,Baginda bersabda yang bermaksud:   "Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang Mukmin,maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya.Sesiapa memudahkan orang yang sedang dilanda kesulitan,maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat.Sesiapa menutup aib seorang muslim,maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.Allah menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya.Sesiapa menempuh sesuatu jalan dalam rangka mencari ilmu,maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah dengan menbaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama,kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka,malaikat menaungi mereka di hadapan makhluk yang di sisi-Nya,dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya,maka tidak akan di dipercepat mengangkat darjatnya."