Posts

Showing posts from December, 2012

Cinta Sebenar Ialah Cinta Kepada Allah

Sentiasa mengingati Allah setiap masa, keadaaan dan situasi . Firman Allah s.w.t. dalam surah Al- Baqarah ayat 165 yang bermaksud: "Orang -orang yang beriman itu sangat kuat cintanya kepada Allah."Imam Ahmad Taqiuddin berkata: "Hikayat sebuah kecintaan adalah dengan sentiasa bersama ingatannya dengan yang dicintai." (Tibb al- Qulub, hlm. 183) Cintai dan ikuti sunnah Rasulullah s.a.w kerana ia adalah prasyarat utama mencintai Allah.Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 31 yang bermaksud: "Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah daku (Rasulullah s.a.w) nascaya kamu akan dicintai Allah." Sentiasa memperbanyakkan amalan - amalan sunat.  Dalam sebuah hadis kudsi, Allah s.w.t. berfirman, mafhumnya: "Sentiasalah hamba -Ku berada dalam keadaan mendekatkan diri kepada -Ku dengan amalan- amalan sunat (nawafil) sehinggalah aku mencintainya. " (Riwayat al- Bukhari) Menjaga solat witir  kerana ia merupakan bukti kejujuran  ci